fbpx

Arwah Haziq kehilangan besar untuk negara dan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haziq disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang, Selangor pagi hari ini.

PONTIAN – Persatuan Memanah Negeri Johor (PMNJ) menyifatkan pemergian Haziq Kamaruddin sebagai satu kehilangan yang besar bagi negara dan negeri Johor.

Presidennya, Mohd. Shukri Mohd. Misbah berkata, Allahyarham pernah mewakili Johor dalam Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka pada tahun 2010 dengan mengodol pulang 10 pingat emas.

Katanya, kejayaan Haziq telah memberikan suntikan dan motivasi kepada lahirnya ramai bakat-bakat dalam bidang memanah sama ada diperingkat Sukan Johor atau pun Sukma sebagai tapak mereka pergi jauh dalam bidang ini.

“Allahyarham Haziq pernah belajar di Sekolah Sukan Johor di Bandar Penawar yang kini dikenali sebagai Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail ( SSTMI ) sebelum ke Sekolah Sukan Bukit Jalil

“Bukan sahaja negara, Johor juga kehilangan bakat yang digilap semasa belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Utara pada usia 11 tahun sebelum mewakili Johor di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ( MSSM ) pada usia 12 tahun.” Katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Haziq, 2, disahkan meninggal dunia pagi hari ini di Hospita Kajang, Selangor dan punca kematiannya belum dikenal pasti.

Sementara itu, guru yang mencungkil bakat Haziq, Mohd. Sean Rebo berkata, dia terkejut menerima perkhabaran kematian Allahyarham pada hari ini sebagaimana yang dilaporkan oleh media.

Katanya, selepas menunjukkan pencapaian cemerlang dalam sukan memanah, arwah telah diterima masuk ke SSTMI pada usia 14 tahun dan pernah bersekolah sementara di SMK Aminuddin Baki bagi program Sukma Johor.

“Bersesuaian dengan fizikal Haziq pada usia 11 tahun, dia telah memilih bidang sukan memanah sementara ketika itu saya mengajar di SMK Tasek Utara serta Pengerusi Teknik dan Jurulatih Memanah MSSJ.

“Arwah telah mewakili MSSJ ke MSSM bagi kategori umur 12, 15 dan 18 tahun dan pada usia 17 tahun telah diterima sebagai athlit Remaja Kebangsaan,” katanya yang kini telah bersara sebagai seorang guru.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI