fbpx

4,113 kes baharu hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes Covid-19 baharu hari ini masih merekodkan angka lebih 4,000 dengan 4,113 kes sekali gus menjadikan jumlah kes positif keseluruhan kini 462,190 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal merekodkan angka tertinggi dengan 1,269 kes diikuti oleh Sarawak sebanyak 533 kes dan Johor sebanyak 335 kes.

“Seterusnya ialah Kelantan (371 kes), Kuala Lumpur (306 kes), Pulau Pinang (266 kes), Kedah (228 kes), Pahang (178 kes), Perak (147 kes), Terengganu (165), Negeri Sembilan (124), Melaka (108 kes) dan Sabah (53 kes).

“Putrajaya pula dengan 20 kes, Labuan (enam kes) dan Perlis pula lima kes baharu,” katanya menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau hari ini.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan di ciapan berasingan memaklumkan terdapat 34 kematian dilaporkan hari ini, menjadikan rekod itu kedua tertinggi pernah dicatatkan selepas rekod tertinggi dicatatkan pada Rabu lalu dengan 39 kematian. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI