fbpx

17 keluarga beraya di Pusat Pemindahan Sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah rumah yang dinaiki air sejak petang semalam di Kampung Batu Kapor, Mentakab di Temerloh.

TEMERLOH – Seramai 59 orang daripada 17 keluarga di Kampung Batu Kapor, Mentakab di sini terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air petang semalam.

Difahamkan hujan lebat yang berlaku di daerah Bentong petang semalam menyebabkan berlaku limpahan air Sungai Semantan di Kampung Batu Kapor di sini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Temerloh, Muhammad Ikram Haron berkata, mangsa mula dipindahkan pada pukul 7 petang selepas air menunjukkan trend menaik.

“Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Batu Kapor sebagai langkah berjaga-jaga selepas dicadangkan oleh Pegawai Daerah.

“Kawasan yang paling teruk dilanda banjir adalah pada paras pinggang iaitu di kawasan yang paling rendah,” katanya di sini hari ini.

Menurut Muhammad Ikram, pihaknya masih terus melakukan pemantauan berterusan dalam memastikan keselamatan penduduk di kawasan itu.

Katanya, meskipun air menunjukkan trend menurun pagi ini kesemua mangsa masih tidak dibenarkan pulang sebagai langkah berjaga-jaga. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI