fbpx

Ramai tidak pakai pelitup muka ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 440 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 435 individu dikompaun manakala lima lagi direman.

“Antara kesalahan yang direkodkan ialah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (185) dan tidak memakai pelitup muka (138).

“Kesalahan lain pula adalah, tiada penjarakan fizikal (15) manakala lain-lain kesalahan (102),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 66,242 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Dalam pada itu, katanya, Operasi Benteng menyaksikan pihak berkuasa merampas dua buah kenderaan darat semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI