fbpx

Mayat remaja perempuan ditemui dalam kebun getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat remaja perempuan ditemui dalam kawasan kebun getah di Pokok Sena, kelmarin.

ALOR SETAR – Mayat seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dipercayai dibunuh ditemui di tepi jalan dalam kawasan kebun getah di Pokok Pauh Dalam, Pokok Sena di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, anggota dari Balai Polis Pokok Sena menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung penemuan satu mayat dipercayai wanita kira-kira pukul 7.45 malam, kelmarin.

Katanya, terdapat kesan kecederaan iaitu lubang pada paha hadapan bahagian kanan berukuran 1.5 sentimeter.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini dan pengecaman si mati telah dilakukan oleh ibu mangsa pada pukul 11 pagi semalam.

“Pengecaman positif berdasarkan tubuh badan dan rupa serta rambut si mati,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ahmad Shukri, siasatan lanjut yang dilakukan membawa kepada penahanan lima lelaki dan tiga perempuan berusia antara 13 hingga 33 tahun pada pukul 5 petang, semalam.

“Hasil soal siasat awal kesemua suspek mengakui bersama si mati dalam satu ‘private party’ yang dipercayai diadakan pada malam Ahad lalu hingga keesokan pagi,” ujarnya.

Menurutnya, polis seterusnya membuat tangkapan kedua membabitkan seorang lelaki berusia 27 tahun di Taman Derga Jaya di sini kira-kira pukul 11.15 malam, hari yang sama.

“Suspek juga mengaku terlibat dalam ‘private party’ yang dihadiri oleh si mati,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek termasuk seorang positif dadah jenis ketamin direman selama enam hari sehingga 18 Mei ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Proses bedah siasat ke atas mangsa akan dilakukan pada pukul 8.30 pagi esok. – K! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI