fbpx

Jumlah maut serangan Palestin bertambah 67 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Palestin menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Aqsa di sebalik ketegangan pertempuran dengan tentera Israel, baru-baru ini. - AFP

BAITULMAQDIS – Jumlah kematian dalam pertempuran antara tentera Israel dan pejuang  Palestin di Pinggir Gaza meningkat kepada 67 orang termasuk 17 kanak-kanak,lapor akhbar The Sun, semalam.

Kumpulan Hamas yang menguasai Gaza mengesahkan pagi semalam telah melancarkan 130 roket ke arah Tel Aviv selepas serangan udara Israel memusnahkan bangunan kediaman di Gaza.

Enam warga  Israel termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan itu, pegawai perubatan mengesahkan.

Perdana Menteri Israel,  Benjamin Netanyahu mengingatkan bahawa Hamas akan membayar harga yang tinggi kerana menyerang Tel Aviv.

Hamas melancarkan serangan balas malam kelmarin setelah blok kediaman 13 tingkat di Semenanjung Gaza runtuh semalam berikutan serangan udara Israel.

Bangunan itu menempatkan pejabat yang digunakan oleh kepemimpinan politik Hamas.

Peningkatan kekerasan ini adalah berikutan keputusan polis Israel menyerbu pekarangan masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Keganasan meletus sejak seminggu lalu dengan ramai rakyat Palestin yang terkena peluru getah, bom tangan dan gas pemedih mata. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI