fbpx

Jadual padat bikin The Red Devils tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREENWOOD (tengah) berjaya melepasi pemain pertahanan Leicester sebelum meledak gol penyamaan pada aksi EPL di Stadium Old Trafford awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menjadikan jadual padat sebagai alasan selepas pasukan itu tewas 1-2 kepada Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, beliau membuat 10 pertukaran dalam kesebelasan utama memandangkan United terpaksa beraksi empat perlawanan dalam tempoh seminggu.

Kekalahan United itu turut menyaksikan seteru setempat, Manchester City menjulang kejuaraan Liga Perdana dengan saingan musim ini berbaki tiga perlawanan.

“Kami bermula agak perlahan kerana pemain-pemain tidak memiliki masa mencukupi untuk melakukan persiapan. Keputusan yang mengecewakan, namun saya tetap gembira dengan aksi semua pemain.

“Mustahil untuk kami tampilkan aksi terbaik apabila perlu bermain secara berturut-turut. Sebab itu saya terpaksa buat banyak pertukaran untuk perlawanan ini,” luah Solskjaer.

Luke Thomas dan Caglar Soyuncu menjadi wira The Foxes apabila masing-masing menjaringkan satu gol manakala jaringan United dilakukan Mason Greenwood.

“Saya fikir kami sepatutnya mencipta lebih banyak peluang menjaringkan gol pada separuh masa kedua. Perlawanan sudah berakhir, jadi kami akan fokus pada aksi seterusnya,” ujar Solskjaer. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI