fbpx

Bersatu menentang kekejaman rejim Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Semua pihak harus bersatu mengambil tindakan tegas dan bertindak menghentikan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas bumi Palestin.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya menyeru semua pihak dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan seluruh dunia Islam serta badan antarabangsa yang lain bersatu menghentikan kekejaman itu.

“Saya juga menyeru seluruh umat Islam khususnya di bumi Malaysia, marilah kita bermunajat kepada Allah S.W.T, untuk kesejahteraan umat Islam di sana dan bersama-sama meneruskan bantahan sebagai solidariti kepada saudara kita di bumi Al-Quds.

“Isu Palestin adalah melangkaui isu umat Islam dan ini merupakan isu kemanusiaan sejagat yang perlu diberi perhatian dunia. Kesengsaraan dan penderitaan umat Islam di bumi Palestin perlu dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, beliau mengutuk sekeras-kerasnya serangan tanpa perikemanusiaan rejim Zionis ke atas bumi Palestin khususnya di Masjid Al-Aqsa yang dibuat beberapa hari menjelang 1 Syawal.

“Ini bukan kali pertama Israel menyerang Palestin ketika umat Islam berada dalam fasa terakhir Ramadan dan sedang bersiap bagi menyambut ketibaan Aidilfitri.

“Pencerobohan ataupun serangan tentera Israel ke atas Palestin bukan saja tidak berperikemanusiaan, malah mencabuli hak rakyat Palestin yang akhirnya menyaksikan banyak nyawa tidak berdosa termasuklah kanak-kanak menjadi korban,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI