fbpx

Bekas ratu cantik Myanmar angkat senjata perangi Tatmadaw

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Htar Htet Htet bersedia untuk memerangi kekerasan tentera Tatmadaw meskipun perlu membayar dengan nyawa. - @HtarHtetHtet2 /Twitter

NAYPYITAW, MYANMAR – Seorang bekas ratu cantik Myanmar yang lantang mengutuk kekejaman junta tentera memuat naik gambarnya lengkap berseragam dan memikul senjata, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Htar Htet Htet, 32, berbuat demikian sebagai bukti sokongannya terhadap gerila yang berjuang melawan tentera Myanmar atau dikenali sebagai Tatmadaw.

Dia yang pernah mewakili Myanmar dalam pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa di Thailand pada tahun 2013 berkata, masanya kini telah tiba untuk rakyat melawan kembali.

“Sama ada menggunakan senjata, pen, papan kekunci atau mendermakan wang kepada gerakan pro-demokrasi, setiap orang hendaklah melakukan apa yang termampu untuk menjayakan revolusi.

“Saya akan melawan sedaya yang termampu. Saya bersedia untuk memberikan segalanya. Saya juga bersedia untuk membayar dengan nyawa,” tulisnya di Facebook.

Konflik di Myanmar meruncing apabila pihak tentera melakukan rampasan kuasa pada 1 Februari lepas, dan menahan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi.

Sejak itu, kira-kira 750 penduduk telah dibunuh oleh anggota keselamatan dalam beberapa siri tunjuk perasaan yang dilakukan penduduk negara itu bagi melawan tindakan kekerasan yang dikenakan ke atas mereka. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI