fbpx

Wanita terima enam dos vaksin Pfizer sekali gus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang jururawat sedang menyediakan suntikan vaksin Covid-19 Pfizer di sebuah hospital di Ankara, Turki pada 3 Mei lalu. - AFP

ROM, Itali – Seorang wanita Itali berusia 23 tahun telah diberikan enam dos vaksin Covid-19 jenis Pfizer secara tidak sengaja baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail  kelmarin.

Wanita  yang juga seorang pelajar itu dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menerima rawatan ubat di hospital, demikian menurut agensi berita AGI.

Insiden  berlaku apabila seorang jururawat di Hospital Noa,  Tuscany secara tidak sengaja menyuntik keseluruhan isi  botol vaksin ke lengan mangsa iaitu jumlah yang setara dengan enam dos.

Jururawat berkenaan segera menyedari kesilapannya dan memaklumkan kepada pesakit serta doktor bertugas.

Wanita itu dimasukkan ke hospital selama 24 jam di bawah pemerhatian sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengarah Penyakit Berjangkit di Hospital Noa, Dr Antonella Vicenti memberitahu stesen televisyen CBS bahawa wanita itu tidak mengalami kesan sampingan walaupun menerima dos berlebihan.

“Pesakit tiada demam dan tidak mengalami kesakitan lain kecuali sakit di tempat suntikan.

“Dia agak ketakutan, jadi kami membawanya ke hospital untuk memantau keadaannya,” jelas Vinceti.

Jurucakap hospital, Daniella Gianelli memberitahu stesen penyiaran CNN bahawa doktor akan terus memantau tindak balas imun pesakit itu.

Mereka akan mengambil darah secara berkala dan menentukan sama ada wanita itu memerlukan suntikan vaksin kedua.

Gianelli berkata wanita muda itu layak menerima vaksin berbanding yang lain dalam kumpulan umurnya kerana dia adalah pelajar praktikal di jabatan psikologi hospital tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI