fbpx

Tukar ejaan Covid-19 boleh jadi penawar virus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepanduk tukar ejaan covid-19 yang dipasang Rao di kampungnya. - Twitter

NEW DELHI – Seorang tukang tilik di India ternyata mempunyai kaedah tersendiri dalam mencipta penawar bagi Covid-19 iaitu dengan mengeja nama virus secara salah, lapor Oddity Central, semalam.

SV Annandd Rao, tukang tilik daripada Ananthapuram berkata wabak Covid-19 boleh dihapuskan hanya dengan menukar ejaan asal agar tidak lagi kedengaran seperti nama asalnya.

Menurut Rao, kononnya angka-angka dalam huruf ejaan Covid-19 atau koronavirus menjadikannya sangat berbahaya dan menguasai dunia.

Jika masyarakat dapat mengubah bilangan yang mengerikan itu menjadi sesuatu yang bermanfaat dengan hanya menambahkan beberapa huruf, semuanya akan kembali pulih.

“Huruf yang ada ‘Corona’ menambah jumlah yang berbahaya, menyebabkan kehancuran yang tidak dapat dibayangkan ke seluruh dunia,” kata Rao kepada Times of India.

“Jika kita mengisi ejaan dengan huruf yang memiliki aura positif, ia akan mewujudkan kuasa yang membawa kepada hilangnya virus sepenuhnya. Manfaat serupa dapat dicapai dengan mengubah ejaan Covid-19 menjadi ‘Covviyd-19’.

Rao turut memasang sepanduk di kawasan kampungnya yang meminta orang ramai menggunakan ejaan yang berubah, dalam usaha untuk menyingkirkan pandemik itu dari dunia.

‘Kempen salah eja Covid-19’ itu ternyata mengundang tawa dan tanda tanya dalam kalangan netizen yang menganggap lelaki itu sudah hampir hilang kewarasan dalam percubaan untuk kekal positif.

“Ternyata ada sahaja perkara melucukan untuk menceriakan hari-hari menakutkan sekarang,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI