fbpx

Tentera bawang Malaysia sertai perjuangan bela Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar serangan 'tentera bawang' ke atas laman Facebook pasukan pertahanan Israel.

PETALING JAYA – Laman Facebook Pasukan Keselamatan Israel (IDF) kembali dihujani komen-komen dari ‘tentera bawang’ Malaysia yang rata-ratanya mengecam serta memperlekehkan tindakan pengeboman oleh pasukan berkenaan ke atas penduduk Palestin di Gaza.

Pelbagai komen yang mendoakan kegagalan serta kehancuran pasukan tersebut dan Israel ditinggalkan oleh pengguna Facebook dari Malaysia sebagai tanda sokongan kepada perjuangan serta pengorbanan penduduk Palestin mempertahankan tanah air mereka.

Tinjauan ke laman Facebook IDF mendapati komen-komen daripada netizen Malaysia dibuat di setiap kemaskini status oleh admin laman berkenaan sehingga mencetuskan kegusaran dalam kalangan pengguna yang menyokong tindakan kejam pasukan berkenaan.

Seorang pengguna dengan nama Mohammed Ramzie berkata, serangan ke atas Tel Aviv, Israel hanyalah sebagai tindak balas ke atas serangan yang dimulakan oleh mereka dahulu.

“Setiap penderitaan yang dirasai dan diadukan oleh kamu (Israel) terjadi pada keluarga Palestin juga. Kerajaan kamu yang memulakan dahulu (serangan). Golongan muslim tidak akan mendiamkan diri dan akan bertindak balas,” katanya.

MrZulfahmi Syamir pula berkata, mak kau hijau, kamu yang mulakan dahulu kemudian berlakon menjadi mangsa, kau boleh beli cincau di kedai atau bermaksud ‘you are handsome’.

Seorang lagi pengguna, Zul Hilmi berkata, netizen dari Malaysia perlu mencampurkan loghat-loghat yang ada untuk meninggalkan komen kerana ia boleh difahami warga Israel walaupun ditaip dalam bahasa Melayu.

“Tidak lama lagi bani Israel ni pun faham cakap Melayu. Macam mana Bani Jawi sekalian? Kita kena campur-campur loghat ni,” katanya berseloroh apabila mendapati setiap komen berbahasa Melayu di laman tersebut dijawab dan dibahaskan oleh rakyat Israel.

Terdahulu, angka korban di Gaza dan Israel dilaporkan terus meningkat ketika pertempuran antara pejuang Palestin dan tentera Israel menjadi semakin sengit.

Pejuang Palestin membedil lebih 300 roket ke arah Israel sejak malam kelmarin, menyebabkan dua penduduk Israel terbunuh manakala rejin Zionis pula berkata mereka melancarkan serangan balas dengan mengebom 150 sasaran di Gaza. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI