fbpx

Sanggup tinggal 100 kotak mercun dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mercun yang dirampas di dalam sebuah kereta jenis Perodua MyVi di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, Pasir Mas semalam. - Foto IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki melarikan diri dengan meninggalkan kereta jenis kereta jenis Produa Myvi dipandunya selepas kegiatan menyeludup 100 kotak pelbagai jenis mercun menggunakan kereta itu dapat dihidu anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) petang semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, serbuan terhadap kereta itu dilakukan di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas di sini pada pukul 6 petang.

Katanya, anggota PGA menahan kereta itu selepas didapati ia dipandu dalam keadaan mencurigakan di lokasi tersebut.

“Anggota PGA terus menghampiri kereta itu sebelum pemandunya berhenti dan melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu telah menjumpai 100 kotak mercun pelbagai jenis yang diletakkan di tempat duduk belakang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azhari, siasatan mendapati nilai rampasan mercun termasuk kereta yang digunakan suspek dianggarkan berjumlah RM59,565.

Katanya, kesemua barangan rampasan dibawa Kompeni Taktikal Rantau Panjang di sini untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI