fbpx

Polis siasat Tun Mahathir langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan Mahathir tidak mengimbas suhu dan MySejahtera ketika memasuki sebuah surau di Langkawi, Sabtu lalu.

LANGKAWI – Polis menjalankan siasatan mengenai video perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika hadir program sumbangan di sebuah surau di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, siasatan itu dilakukan susulan video tersebut dimuat naik di akaun Facebook Najib Razak yang memaparkan Mahathir tidak mengimbas MySejahtera dan suhu ketika hadir pada program berkenaan.

“Semakan mendapati ia berlaku pada pagi, 8 Mei 2021 di Surau Raudhatul Jannah, Kuala Teriang, Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pihak polis akan menjalankan siasatan di bawah Sesyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan Mahathir memohon maaf atas kesalahan melanggar SOP kerana tidak mengambil suhu badan ketika memenuhi program sumbangan di surau tersebut.

Video berdurasi dua minit 29 saat yang memaparkan Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi melanggar kesalahan SOP tular di media sosial sejak semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI