fbpx

Pilu nanti kepulangan anak beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salleh sabar menunggu kepulangan anaknya beraya di Felda Jerangau, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang peneroka warga emas tetap setia menunggu di beranda rumah menanti kepulangan anak dan cucunya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri esok di Felda Jerangau dekat sini.

Salleh Deraman, 76, tidak mengetahui anak perempuannya yang menetap di Durian Guling, Marang tidak dapat pulang beraya berikutan larangan rentas daerah berkuatkuasa hari ini.

Dia yang tinggal bersedirian sejak kehilangan isterinya, Siti Ratikah Kassim pada Jun tahun lalu tidak dapat menahan kesedihan dan bergenang air mata apabila dimaklumkan tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 tersebut.

“Sewaktu pulang berbuka puasa bersama-sama beberapa minggu lalu, anak perempuan saya berjanji akan pulang beraya.

“Saya tidak sedar PKP yang menghalang rentas daerah telah dikuatkuasakan kerana jarang menonton televisyen dan tidak mempunyai telefon bimbit. Anak-anak mahu beri (telefon bimbit) tetapi saya tolak sebab tak tahu guna,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Jerangau dekat sini hari ini.

Salleh berkata, sebelum ini, dia maklum tiga lagi anaknya yang masing-masing menetap di Pahang dan Kemaman tidak dapat pulang pada 1 Syawal ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI