fbpx

Penunggang motosikal maut rempuh belakang SUV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang X70 yang berhenti di lorong motosikal kerana rosak.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 68 Jalan Alor Setar-Butterworth di Tikam Batu di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, mangsa, Azmi Khasim, 56,meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada muka dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, sebelum kejadian, SUV jenis Proton X70 dipandu seorang lelaki berusia 85 tahun mengalami kerosakan dan berhenti di lorong motosikal.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dikatakan tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian kiri belakang SUV.

“Mangsa yang bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat pembersihan maut di tempat kejadian manakala pemandu X70 tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, penunggang motosikal yang mempunyai masalah jantung bengkak dipercayai mengantuk dan kepenatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI