fbpx

MAFI rakam ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald menyampaikan ucapan di Wisma Tani, Putrajaya.

PETALING JAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi sebuah video merakamkan ucapan Selamat Hari Raya kepada seluruh rakyat di negara ini.

Video berdurasi 59 saat itu memaparkan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengetuai ucapan tersebut bersama tiga lagi pegawai di Wisma Tani, Putrajaya.

Berlatarbelakangkan suasana meriah sambutan hari raya, Datuk Seri Ronald Kiandee memulakan ucapan tersebut dengan serangkap pantun sebelum memberi ucapan hari raya.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada umat Islam di seluruh dunia.

“Saya berharap kita semua dapat menjaga diri mengikut SOP yang digariskan bagi keselamatan, kesejahteraan, dan keamanan kita semua dalam meraikan sambutan Hari raya Aidilfitri bagi tahun 2021,” katanya.

Turut serta ialah Timbalan Menteri Pertanian (I), Datuk Seri Ahmad Hamzah; Timbalan Menteri Pertanian (II), Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI