fbpx

Lee Tuck sedia kembali ke pangkuan TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Tuck.

KUALA NERUS – Pemain kelahiran Halifax, England, Lee Tuck tidak akan melepaskan peluang kembali menyarung jersi Terengganu FC (TFC) sekiranya khidmatnya diperlukan.

Pemain tengah itu berkata, situasi ketika ini memaksanya mencari destinasi baharu susulan perubahan dibuat Sri Pahang dan menganggap kekosongan kuota pemain import TFC sebagai berita baik.

Tuck berkata, fokusnya kini adalah untuk segera kembali ke padang bersama pasukan lain selepas menghadapi musim yang tidak menentu bersama skuad Tok Gajah.

“Gembira mendengar komen jurulatih Nafuzi (Zain) tempoh hari. Ya, kami tahu corak permainan masing-masing dan jika ada peluang untuk kembali, sudah tentu saya berminat.

“Begitupun, saya harus tunggu dan lihat apa yang ingin dilakukan Sri Pahang untuk melepaskan saya sebagai pemain pinjaman,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu hari ini.

Tuck berkata, beliau bersedia untuk kembali ke Kuala Terengganu apatah lagi, sebahagian besar kariernya sebagai pemain bola sepak di Liga Malaysia dihabiskan bersama TFC.

Sebelum ini, TFC menerusi ketua jurulatihnya, Mohd. Nafuzi Zain mengakui Tuck antara calon terbaik untuk memperkuatkan skuad Sang Penyu pada jendela perpindahan kedua.

Selain bekas tonggak Negeri Sembilan itu, turut berada dalam radar TFC ialah Sanjar Shaakhmedov yang kini mewakili AGMK dalam Liga Uzbekistan dan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Khidmat pemain import menjadi buruan TFC ekoran kecederaan jangka panjang pemain tengah, Petrus Shitembi dan pemain Australia, Chris Herd yang mengalami kecederaan lutut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI