fbpx

Kuarters pekerja lombong di Pahang dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kuarters pekerja lombong di Sungai Batu, Pahang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 14 hingga 27 Mei.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD ini bertujuan membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan saringan awal termasuk mengesan kontak rapat.

“Pada 11 Mei lalu, KKM telah mengesan kes baharu melibatkan pekerja lombong warga India di Lombong Sungai Batu, Raub, Pahang.

“Sehingga hari ini, KKM telah melakukan ujian saringan melibatkan 50 orang pekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, tiga lokasi iaitu dua di Sarawak dan satu di Sabah ditamatkan PKPD pada esok dan lusa.

“Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Kampung Sagah, Sarawak; Sekolah Menengah Kebangsaan Melegu, Sarawak dan Kampung Skim Cocos, Sabah.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di SMK Melugu pada 13 Mei ini manakala Kampung Sagah dan Kampung Skim Cocos akan ditamatkan pada 14 Mei ini,” jelasnya. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI