fbpx

Jangkitan dalam komuniti semakin meruncing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Keadaan penularan jangkitan Covid-19 di dalam komuniti semakin meruncing malah pada tahun ini sahaja, terdapat peningkatan kluster-kluster yang begitu ketara.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan (KKM), 435 kluster komuniti direkodkan sehingga kini dengan 129 daripadanya masih aktif serta berpunca daripada jangkitan kontak keluarga dan kontak rapat, aktiviti keraian, pengebumian, perkahwinan, perayaan serta lain-lain aktiviti sosial.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kini lebih banyak kes Variant of Concern (VOC) dikesan selain peningkatan kluster terutamanya kluster rentas negeri.

“Selain itu, kenaikan sehingga 70 peratus kes jangkitan sporadik dalam komuniti dan kenaikan sehingga 80 peratus kes tidak bergejala juga semakin membimbangkan.

“Justeru, masyarakat seharusnya mengambil iktibar dan berusaha untuk mengelakkan daripada dijangkiti virus Covid-19 yang berbahaya ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI