fbpx

Baju raya, nilai persahabatan ceriakan Sudin pesakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAMSUDIN Mohamad Saleh,55, (tengah) yang mengalami masalah mental gembira menerima baju raya daripada sahabat lamanya, Jasvir Singh Ram Singh di rumahnya di Kampung Chamang di sini, semalam.

BENTONG – Entah apa puncanya seorang lelaki, Samsudin Mohamad Saleh, 58, yang sihat tubuh badan dan mental tiba-tiba mengalami masalah hilang ingatan dan mengalami masalah mental ketika berumur 25 tahun.

Kejadian itu menyebabkan anak sulung daripada lapan beradik dikenali Sudin itu kini mengalami masalah mental dan tidak dapat menguruskan diri dengan baik.

Namun keadaan Samsudin yang telah berubah itu tidak pernah mengubah nilai persahabatan Datuk Jasvir Singh Ram Singh yang terus menziarahi dan membantu rakan baik semasa zaman persekolahannya itu.

Jasvir yang juga Ahli Majlis Perbandaran Bentong berkata, setiap kali menjelang Aidilfitri dia tidak pernah melupakan rakan yang dikenalinya semasa zaman persekolahan dengan membelikan pakaian raya dan juga duit raya.

“Saya sudah lama kenal dia dan saya simpati nasib dia jadi begini, tapi saya rasa dia masih kenal saya dan hari ini saya berkunjung menziarahi serta menyampaikan satu set baju Melayu dan juga duit raya.

“Saya gembira apabila melihatnya yang begitu seronok selepas menerima baju raya dan tidak sabar-sabar untuk memakainya dan berhari raya,” katanya di sini semalam.

Tambah Jasvir, selain baju raya dia juga turut menyediakan bantuan lampin pakai buang secara berterusan bagi membantu meringankan beban keluarga rakannya itu

Sementara itu, Som Mohamad Saleh, 55, berkata, abangnya itu sememangnya sentiasa ternanti-nanti kehadiran Jasvir Singh setiap kali menjelang Aidilfitri bagi mendapat baju raya baharu.

Katanya, sumbangan itu telah menceriakan abannya yang tinggal dan dijaga oleh seorang adik lelakinya di Kampung Chamang di sini.

“Saya mewakili abang dan adik beradik lain mengucapkan terima kasih kepada Datuk Jasvir yang tidak pernah melupakan abang, inilah nilai persahabatan yang tinggi tanpa mengira kaum dan agama,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI