fbpx

Asia Barat bergolak menjelang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asap tebal dapat dilihat di Gaza selepas pejuang Palestin membedil lebih 300 roket ke arah Israel. - AFP

GAZA – Angka korban di Gaza dan Israel terus meningkat ketika pertempuran antara pejuang Palestin dan tentera Israel menjadi semakin sengit, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Pejuang Palestin membedil lebih 300 roket ke arah Israel sejak malam kelmarin, menyebabkan dua penduduk Israel terbunuh.

Rejim Zionis berkata, pihaknya melancarkan serangan balas dengan mengebom 150 sasaran di Gaza.

“Serangan Israel meragut 28 nyawa penduduk Palestin” kata beberapa pegawai perubatan.

Sementara itu, masyarakat antarabangsa menggesa kedua-dua belah pihak menamatkan peningkatan konfrontasi itu yang menyusul selepas rusuhan berlarutan selama beberapa hari di Baitulmuqaddis.

Kumpulan Hamas yang menguasai Gaza berkata, serangan itu dilancarkan bagi mempertahankan masjid Al-Aqsa daripada ‘keganasan dan kekerasan’ rejim Zionis.

Serangan Hamas dilancarkan selepas penduduk Palestin dan polis Israel bertempur kelmarin dalam keganasan yang menyebabkan beratus-ratus orang cedera.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, Hamas ‘melangkaui garisan merah’ dengan membedil roket ke arah Baitulmuqaddis buat kali pertama selepas bertahun-tahun. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI