fbpx

4,765 kes baharu hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 4,765 kes dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA – Kes Covid-19 baharu hari ini melonjak ke angka 4,765 menjadikan jumlah kes positif keseluruhan kini 453,222 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal merekodkan angka tertinggi melebihi 2,000 dengan 2,082 kes diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 540 kes dan Sarawak sebanyak 405 kes.

“Seterusnya ialah Johor (348 kes), Kelantan (297 kes), Pulau Pinang (259 kes),  Kedah (226 kes), Perak (172 kes), Negeri Sembilan (122 kes), Melaka (110 kes), Sabah (70 kes), Pahang (63 kes) dan Terengganu (60 kes).

“Putrajaya pula dengan empat kes, Labuan (enam kes) dan  Perlis pula merekodkan satu kes baharu,” katanya menerusi ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Sementara itu, katanya kes mungkin mencecah 5,000 kes pada pertengahan bulan ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI