fbpx

358 kenderaan kena patah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Sebanyak 358 kenderaan yang berhasrat untuk merentas daerah dan negeri ini kecundang apabila diarahkan berpatah balik ke destinasi asal pada bulan ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua kenderaan tersebut diarahkan berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) yang dibuat di beberapa lokasi sejak awal bulan ini hingga Isnin lalu.

Katanya, dalam tempoh yang sama juga, polis Johor telah mengeluarkan kompaun kepada seramai 129 individu.

“Untuk semalam sahaja, kita membuat pemeriksaan ke atas 28,364 pelbagai jenis kenderaan dan 65 daripadanya telah diarahkan berpatah balik.

“Hasil pemeriksaan yang dibuat terhadap pemilik kenderaan terbabit mendapati ia melakukan kesalahan tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri dan daerah.

“Ada juga ketika pemeriksaan dijalankan mendapati pemilik kenderaan berkenaan menggunakan surat kebenaran rentas negeri yang sudah tamat tempoh,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pasar Larkin di sini hari ini.

Terdahulu, Ayob Khan berkesempatan meninjau keadaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di pasar awam tersebut.

Katanya, pihak polis akan lebih memperketatkan lagi penelitian terhadap permohonan rentas negeri dan daerah supaya tidak ada individu atau pihak yang boleh mengambil kesempatan untuk menyalahgunakan permohonan ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI