fbpx

17 kes varian Afrika Selatan dikesan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesan sebanyak 17 kes virus Covid-19 varian Afrika Selatan B.1.351 di negeri sehingga hari ini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kes dikesan di negeri ini kebanyakannya di Tumpat dan Tanah Merah.

“Bagi kes varian Afrika Selatan, kita mengambil sampel daripada beberapa kluster di negeri ini untuk ujian varian.

“Bagaimanapun, tidak semua pesakit yang positif akan menjalani ujian untuk menentukan sama ada ia berpunca daripada varian Afrika Selatan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Dalam perkembangan lain, menurut Zaini, pihaknya selesai menjalankan ujian saringan Covid-19 fasa pertama terhadap penduduk Mukim Bunut Susu yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurutnya, sehingga semalam, sebanyak 200 penduduk membabitkan tiga buah kampung di mukim berkenaan didapati positif Covid-19 hasil ujian saringan dilakukan selain tiga kematian direkodkan.

“Kes Covid-19 di mukim itu terbahagi kepada dua iaitu kes merebak dalam kluster dan jangkitan yang tidak dapat dikaitkan dengan kluster,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI