fbpx

1,472 kenderaan cuba rentas daerah diarah patah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 1,472 kenderaan yang dipandu individu degil cuba merentas daerah di sekitar Selangor telah diarahkan berpatah balik sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 6 Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 313 kompaun kepada mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

“Kesesakan akibat sekatan jalan raya (SJR) ini tidak dapat dielakkan kerana kita perlu memeriksa setiap kenderaan untuk mengelakkan mereka melanggar arahan PKP.

“Kita juga akan menambah SJR selain memfokuskan kepada lokaliti Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ketika ditanya berkenaan laluan tikus di Selangor, beliau memaklumkan jumlah laluan itu banyak berikutan negeri ini dengan Kuala Lumpur adalah berdekatan dan menjadi metropolitan.

Justeru, Arjunadi menegaskan SJR bergerak akan diimplementasikan terhadap lorong-lorong tikus yang telah dikenal pasti pihaknya.

“Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja melibatkan menziarah kawan dan keluarga sebaliknya lebih kepada meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa.

“Namun, kepatuhan kepada SOP wajib untuk kepentingan bersama dalam memutuskan rantaian pandemik Covid-19,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan seramai 348 anggota PDRM Selangor telah dijangkiti Covid-19 dengan ketika ini 36 orang sedang dikuarantin dan tujuh sedang menerima rawatan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI