fbpx

Waris kemalangan maut terima faedah Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meor Faridalathrash (tiga dari kanan) bersama ibu bapa K.Nagantheran (kanan) menerima bayaran faedah Perkeso di IPK Perak hari ini.

IPOH: Waris dua mangsa kemalangan maut yang dirempuh kereta di kilometer 263.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan selepas Terowong Menora di sini 2 Mei lalu, menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini.

Dalam nahas sekitar pukul 3.50 petang itu, mangsa, Maryamah Talib, 52, dan K. Nagantheran, 22, maut akibat cedera parah selepas dirempuh kereta Perodua Alza dipandu lelaki berusia 46 tahun.

Pengarah Perkeso Perak, Anthony Arul Dass berkata, berdasarkan semakan oleh Skuad Perkeso Prihatin, dua mangsa itu merupakan orang berinsuran (OB) dan layak menerima faedah Perkeso iaitu faedah pengurusan mayat berjumlah RM2,000 dan pencen penakat.

Katanya, pencen penakat berjumlah RM1,511 akan dibayar kepada suami Maryamah iaitu Suhaimi Ismail, 52, manakala ibu bapa Nagantheran pula menerima pencen sebanyak RM223.

“Semakan mendapati, arwah Maryamah mencarum sejak 1987 manakala mendiang Nagantheran pula mencarum sejak 2016 dan melayakkan mereka memperoleh faedah pencen penakat.

“Pembayaran pencen itu akan dibuat setiap bulan bermula bulan hadapan di mana waris akan menerimanya sepanjang hayat,” katanya ketika ditemui selepas majlis serahan cek faedah pengurusan mayat kepada waris di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz.

Sementara itu, M. Kalpana, 46, berkata, dia dan suami, M. S. Kajendran, 57, masih bersedih dengan insiden yang menimpa anak tunggal itu namun reda kerana anak mereka terkorban ketika dia membantu orang.

“Dia anak yang baik dan tidak suka menyusahkan ibu bapa dan kami kehilangan satu-satunya anak yang cukup rapat dan mengambil berat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI