fbpx

Wanita dibesarkan oleh keluarga penculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita ini memaklumkan dia dilaporkan hilang sejak tahun 1980. -TikTok @thebeardedmom

WASHINGTON – Kisah seorang wanita di Amerika Syarikat  yang menyedari dia sebenarnya diculik semasa bayi dan dibesarkan oleh keluarga penculiknya menjadi tular di media sosial, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Wanita berusia 42 tahun yang hanya menggunakan nama @thebeardedmom memuat naik klip video dalam aplikasi TikTok untuk menceritakan bagaimana dia sedar dirinya telah diculik.

Menurutnya, ketika berusia 26 tahun, dia mahu menjejak ibu kandungnya melalui rekod jenayah.

“Saya menghubungi pejabat syerif bandar saya dilahirkan dan pegawai tersebut nampak begitu berminat dengan kisah saya.

“Selepas memberikan semua maklumat yang saya ada, mereka memaklumkan bahawa saya merupakan individu yang pernah hilang,” kata wanita itu.

Tambah @thebeardedmom, dia telah hilang semenjak `1980 dan biarpun terdapat siasatan polis terhadap penculikannya, kes tersebut telah diarkibkan, menyebabkan wanita itu tiada akses terhadap penculikannya.

Dalam siri kisahnya yang terdiri daripada 15 buah video, wanita itu menjelaskan bahawa dia akhirnya bertemu dengan ibu kandungnya namun pertemuan itu tidak berjalan dengan baik.

Tambahnya, ibu kandungnya  telah menjual wanita itu kepada keluarga yang menjaganya kini. 

Namun, penjualan tersebut tidak diketahui oleh neneknya yang kemudian melaporkan kehilangan cucunya kepada polis.

Ibu wanita itu juga berpura-pura anaknya telah hilang, menjadikan orang ramai menganggap @theberadedmom benar-benar telah diculik.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut bersimpati terhadap wanita itu dan tidak dapat membayangkan kesedihan yang terpaksa dilaluinya.

“Saya tidak dapat membayangkan ‘penipuan’ yang awak terpaksa hadapi selama 26 tahun itu,” kata seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI