fbpx

Rumah di Shah Alam diperiksa elak ziarah raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin (tengah) menerangkan SOP PKP kepada seorang pekerja barang kemas di Setia City Mall, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Rumah di sekitar daerah ini akan diperiksa bagi mengelakkan berlakunya aktiviti ziarah pada Aidilfitri kali ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pemeriksaan itu dilakukan secara rawak bermula Khamis ini melibatkan 173 anggota termasuk pegawai Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah ini.

“Sekiranya anggota polis mendapati ada orang awam melakukan aktiviti tersebut, kompaun akan dikeluarkan terus kepada mereka.

“Juateru, saya minta masyarakat yang tinggal di Shah Alam patuhi larangan ini dan kerjasama anda sangat dihargai,” katanya selepas menghadiri program pemantauan SOP di pusat membeli-belah Setia City Mall, di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP di seluruh negara bermula esok susulan kes jangkitan Covid-19 yang tinggi ketika ini.

Beliau juga mengumumkan aktiviti ziarah tidak dibenarkan ketika sepanjang sambutan Aidilfitri bagi mengekang penularan virus tersebut.

Dalam pada itu, Baharudin menjelaskan pihaknya akan menjalankan sekatan jalan raya (SJR) bergerak di seluruh Shah Alam bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“SJR kekal bagi IPD Shah Alam hanya di plaza tol Lebuh Raya Lembah Klang (NKVE) Bukit Jelutong bagi mengelak orang awam melakukan rentas daerah dan negeri.

“Pemeriksaan di semua pusat beli-belah turut dilakukan dalam memastikan pematuhan SOP,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI