fbpx

Polis nafi kluster Jalan Canning Estate berpunca daripada aktiviti sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH- Polis menafikan dakwaan tular kononnya Kluster Jalan Canning Estate berpunca daripada seorang warga China yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Canning Estate di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan pihaknya mendapati dakwaan itu tidak benar sebaliknya wanita tersebut berada di Ipoh untuk pulang ke rumahnya di perumahan berhampiran.

“Wanita itu bukan GRO, dia mempunyai kerjaya dan memiliki pasport yang sah serta menjadikan Malaysia sebagai ‘second home’.

“Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul. Berdasarkan siasatan, wanita itu memang ada balik ke Ipoh tetapi tidak ke pusat hiburan itu,” katanya ketika ditemui selepas meninjau sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Ipoh Utara arah selatan berhampiran Jelapang di sini.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini melaporkan kewujudan Kluster Jalan Canning Estate yang juga kluster komuniti di daerah Kinta di mana membabitkan saringan terhadap 60 individu dengan 39 kes dikesan positif.

Penularan wabak itu didakwa berpunca daripada seorang wanita yang berkerja sebagai GRO di mana dia turut dijangkiti Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI