fbpx

Pesakit leukemia idam naik kereta polis meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arwah Firash Arryan ketika dibawa menaiki MPV di IPD Seberang Perai Utara di Kepala Batas, Pulau Pinang 25 Mac lalu.

SEBERANG PERAI – Pesakit leukemia tahap empat, Firash Arryan Muhammad Yusri,6, yang berpeluang memenuhi impian menaiki kereta peronda polis (MPV) pada Mac lalu meninggal dunia pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kanak-kanak itu menghembusan nafas terakhir pada pukul 3 pagi di Pokok Sena, Kedah.

“Saya dimaklumkan berita pemergian Firash Arryan sebentar tadi dan keluarga arwah  turut memberitahu jenazah akan dikebumikan di Pokok Sena yang merupakan kampung halaman ayahnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kosmo! Online pada Mac lalu melaporkan, hasrat arwah Firash Arryan yang ingin menaiki MPV direalisasikan sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU di Kepala Batas di sini pada 25 Mac lalu.

Anak sulung daripada dua beradik itu dikesan menghidap leukemia sejak dua tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI