fbpx

Pensyarah makan rasuah RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang pensyarah meminta dan menerima rasuah sebanyak RM1,500 daripada lima pelajarnya awal tahun ini membawa padah apabila ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor hari ini.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek telah meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM300 daripada setiap orang daripada setiap pelajar di institut tersebut.

Perbuatan itu bagi membolehkan lelaki berusia 29 tahun itu mengubah keputusan ujian subjek Animation 2 – Rigging daripada gagal kepada lulus.

Suspek yang bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah akademi swasta telah ditahan kira-kira pukul 2 petang tadi di Pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI