fbpx

Isu tuntutan pengiktirafan, perjanjian kolektif selesai 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) berjaya menyelesaikan isu tuntutan pengiktirafan dan perjanjian kolektif yang berlarutan selama 10 tahun antara RHB Bank Berhad dan Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad.

Isu tuntutan pengiktirafan dan perjanjian kolektif itu telah bermula sejak tahun 2011 dan berlanjutan sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, penyelesaian itu dipersetujui menerusi satu majlis menandatangani memorandum persefahaman yang berlangsung semalam.

“Kejayaan ini adalah rentetan usaha majikan dan kesatuan melalui beberapa siri perundingan yang turut dihadiri oleh wakil daripada JPPM.

“KSM berharap penyelesaian tuntutan oleh Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad ini menjadi contoh terbaik kepada semua majikan dan kesatuan dalam mencari penyelesaian sekiranya wujud sebarang pertikaian pada masa hadapan,” jelasnya menerusi satu kenyataan akhbar hari ini.

Saravanan berkata, KSM menyeru agar majikan dan kesatuan dapat menjalinkan kerjasama yang baik dalam mencapai persefahaman.

“ Ini penting dalam usaha meningkatkan produktiviti serta perhubungan perusahaan yang harmoni di tempat kerja,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI