fbpx

Elisya terharu bakal suami gigih jual lemang cari duit kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elisya terharu akan kegigihan tunangnya, Uzair menjual lemang bagi mengumpul wang pernikahan mereka.

PETALING JAYA – Pelakon Elisya Sandha terharu akan usaha tunangnya, Uzair Haqimy yang sanggup menjual lemang demi mengumpul wang perkahwinan mereka.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu dilihat sedang bersahur dengan menu lemang dan rendang pemberian kekasihnya itu.

Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Hassan, 22, turut memuji air tangan bakal suaminya dan mengakui tersentuh dengan kegigihan Uzair menjual lemang tanpa segan silu.

“Salam sahur. Encik tunang ada hantar lemang. Saya doakan awak selalu @uzairhaqimy69. Katanya nak cari duit kahwin. Terharu rasanya,” tulisnya.

Elisya Sandha.

Dalam pada itu, Uzair turut meninggalkan komen mengucapkan terima kasih kepada buah hatinya itu dan menyatakan sanggup melakukan apa sahaja demi masa depan keluarga mereka kelak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat menyatakan keinginan untuk merasa sendiri lemang yang dijual Uzair.

Terdahulu, Elisya mengikat tali pertunangan dengan Uzair yang merupakan anak sulung kepada pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly pada 31 Januari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI