fbpx

Anak Nik Abduh bukan pembawa virus Afrika Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik Nik Mohamad Abduh (kiri) yang menyambut kepulangan anak lelakinya dari Afrika Selatan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu di Facebooknya pada 5 April lalu.

KOTA BHARU – Kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JNKN) menafikan virus Covid-19 varian Afrika Selatan B.1.351 yang tersebar di Kelantan berpunca daripada anak seorang pemimpin di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin berkata, dakwaan yang mengatakan bahawa anak pemimpin itu mencetuskan Kluster Bunut Sarang Burung juga tidak benar.

“Dakwaan yang tular di media sosial ini adalah tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar berhenti berkongsi mesej tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Media tempatan semalam melaporkan, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan bahawa anaknya yang baru pulang daripada pengajian di Afrika Selatan dijangkiti virus Afrika Selatan B.1.351.

Katanya, anak lelakinya yang berusia 26 tahun pulang ke Kelantan pada 5 April lalu selepas menjalani kuarantin wajib selama 10 hari di ibu negara.

Netizen membuat andaian bahawa anak Nik Mohamad Abduh yang membawa virus itu selepas pemimpin Pas itu memuat naik gambar beliau menyambut anak sulungnya yang pulang ke tanah air dari Afrika Selatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI