fbpx

Amir Masdi akhirnya ada lagu raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIR MASDI

SELEPAS puas menanti, akhirnya impian penyanyi muda berbakat besar Amir Masdi untuk tampil dengan lagu raya menjadi kenyataan menerusi pembikinan lagu Hari Ini Hari Raya.

Karya istimewa nukilan Shazee dan Altimet berkenaan disifatkan Amir cukup kena dengan kehendaknya, sekali gus mampu memenuhi selera ramai.

“Lirik lagu ini berkonsepkan pesanan harian yang menyentuh tentang luahan hati dan ingatan tulus buat pendengar bersama seni kata ringkas.

“Sejujurnya, saya sendiri tidak terfikir akan mempunyai sebuah bingkisan untuk hari istimewa lebaran Pada asalnya, saya ingin hasilkan lagu ketuhanan tetapi kurang puas hati. Tetapi selepas dapat lagu Hari Ini Hari Raya, terus saya masuk studio.

SAMA seperti orang lain, kerinduan terhadap kampung halaman menjentik rasa syahdu tidak terbendung dalam diri Amir

“Ini kerjasama sulung saya dengan Shazee dan Altimet. Kami teruskan projek ini kerana saya dan syarikat rakaman menyukai melodinya,” katanya.

Akui pemilik nama sebenar Amir Syazwan Masdi, 25, itu lagi, pemilihan lagu bernuansa ceria diharapkan dapat menonjolkan kelainan kerana cukup berbeza dengan karya-karya dendangannya yang lain sebelum ini.

“Biarpun kerja rakaman dilaksanakan pada saat akhir iaitu dua minggu lalu, manakala penggambaran video muzik pula dua hari kemudian, hasilnya tetap memuaskan hati,” kongsi Amir lagi.

Dedah Amir lagi, jalannya seperti dipermudahkan kerana dia dihubungi pengurus yang memaklumkan proses rakaman video muzik dilakukan pada pagi Jumaat dua minggu lalu.

“Waktu itu juga idea dan konsep video muzik datang serentak. Video muzik memaparkan diri saya seorang tetapi muncul dalam pelbagai karakter. Konsep yang diketengahkan pula sangat unik,” ulasnya.

Sementara itu, pelantun lagu Asmara itu meletakkan harapan agar karyanya tidak dibandingkan dengan kebanyakan lagu raya popular lain terutama yang malar segar.

“Kalau nak kata Hari Ini Hari Raya boleh setanding dengan lagu raya malar segar lain, sejujurnya biarlah rezeki menentukan. Hal ini kerana lagu-lagu dendangan Aidilfitri sedia ada sentiasa malar segar dalam hati pendengar.

TIADA istilah bersaing, kemunculan Amir dengan lagu raya disifatkannya sebagai usaha mencetuskan ‘mood’ beraya peminat.

“Lagu raya zaman sekarang lebih kepada untuk segarkan telinga pendengar serta bagus untuk profil kerjaya termasuk penyanyi seperti saya yang teringin nak ada lagu raya sendiri.

“Bukan nak bersaing, tetapi sekurang-kurangnya kehadiran karya baharu memeriahkan lagi suasana sambutan lebaran tahun ini,” jelasnya.

Berkongsi sedikit tentang kenangan Syawal, Amir yang meminati lagu Cahaya Aidilfitri nyanyian Black Dog Bone berkata, dia sangat merindui suasana menyambut lebaran dan menikmati juadah raya di kampung.

“Saya paling terkenang juadah raya di kampung sebab rasanya cukup berbeza kerana dimasak orang tua. Kalau orang lain sibuk bermain mercun, saya lebih suka makan dan tonton televisyen sambil layan filem

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee beramai-ramai.

“Jadi, apabila tak balik kampung sejak tahun lalu, mak yang masak juadah raya. Tetapi tak sama macam aura beraya di kampung,” tutup finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI