fbpx

76 unit kasut tiruan Nike dan Adidas dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kasut tiruan yang dirampas di KLIA, Sepang hari ini. Foto Ihsan KPDNHEP

SEPANG – Sejumlah 76 unit kasut disyaki tiruan jenama Nike dan Adidas dirampas pihak berkuasa di Bay Pemeriksaan Rapi Penguatkuasaan Kastam, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Rampasan tersebut telah dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP cawangan Sepang dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) setelah menerima satu serahan kes melibatkan pencabulan hak harta intelek.

Pengarah Pejabat KPDNHEP Negeri Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, siasatan mendapati kedua-dua jenama kasut tersebut disyaki dipakaikan cap dagangan berdaftar dengan salah melibatkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM 19,000.

“KPDNHEP memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau peniaga yang terlibat menawarkan penjualan barang tiruan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, kes akan disiasat di bawah Seksyen 102 (1)(a) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mengimport atau menjual ke dalam Malaysia bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.

“Jika disabitkan kesalahan seseorang boleh didenda tidak tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM 20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

“Manakala bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM30,000,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI