JAKARTA – Sekurang-kurangnya tujuh maut dan seorang dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di lombong emas Indonesia, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.
Menurut Ketua Jabatan Kecemasan Indonesia, Fikri, punca insiden dipercayai akibat hujan lebat yang menenggelamkan lombong berlumpur di Kabupaten Solok Selatan, Sumatera Barat.
“Setakat ini, sekurang-kurangnya tujuh individu maut manakala seorang lagi maut akibat tanah runtuh yang berlaku di Sumatera Barat,” demikian menurut kenyataan jabatan tersebut.
Penyelamat berjaya menyelamatkan sembilan orang yang terselamat dari lumpur dan meneruskan usaha menyelamat dengan menggali kawasan tersebut untuk mencari mangsa yang masih hilang.
“Pada mulanya, pasukan penyelamat berdepan kesulitan untuk memindahkan mangsa ke kenderaan penyelamat kerana keadaan geografi lokasi itu sangat mencabar,” kata Fikri.
Bagaimanapun, kesemua mangsa akhirnya berjaya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Bencana itu berlaku hanya dua minggu selepas tanah runtuh lain melanda projek tenaga air Batang Toru yang disokong oleh China di Sumatera Utara, megorbankan 10 mangsa.
Tiga orang dilaporkan masih hilang ketika pasukan penyelamat mengakhiri pencarian mereka minggu lalu.
Tanah runtuh dan banjir kilat adalah perkara biasa di Indonesia semasa musim hujan. – AFP