fbpx

3,973 kes baharu, 22 kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,973 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 448,457 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,968 kes penularan tempatan dan lima kes import, manakala kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 38,499 kes.

“Terdapat 22 kes kematian dilaporkan menjadikan sebanyak 1,722 kes kematian Covid-19 di Malaysia.

“Selain itu, 2,848 kes sembuh direkodkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 408,236 kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, terdapat 453 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 224 kes memerlukan bantuan pernafasan.  -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI