fbpx

20 maut serangan udara Israel ke atas Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertempuran di pekarangan Masjid Al-Aqsa awal pagi semalam menyaksikan sekurang-kurangnya 700 penduduk Palestin cedera- AFP

BAITULMUQADDIS – Sekurang-kurangnya 20 terbunuh termasuk Sembilan kanak-kanak akibat serangan udara Israel selepas Hamas melancarkan roket, lapor akhbar The Sun.

Tentera Israel berkata, pihaknya melancarkan serangan terhadap kumpulan bersenjata dan serangan roket di Gaza selepas militan melampaui batas dengan melepaskan tembakan ke atas Baitulmuqaddis buat pertama kali semenjak 2014.

Sumber Hamas memberitahu seorang komander, Mohammad Fayyad turut terbunuh dalam serangan itu.

Tentera Israel memaklumkan militan Palestin telah melancarkan 150 roket terhadap Israel sebelum tengah malam waktu tempatan di mana puluhan daripadanya dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu.

Pertempuran di pekarangan Masjid Al-Aqsa awal pagi semalam menyaksikan sekurang-kurangnya 700 penduduk Palestin cedera dan 500 yang tercedera dibawa ke hospital.

Ketegangan yang berlaku antara Israel dan Palestin mendorong kebimbangan berlakunya insiden lain di luar jangkaan. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI