fbpx

Tujuh maut ditembak di majlis hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan mudah alih di Colorado Springs, Amerika Syarikat.– ABC/Daily Star

COLORADO SPRINGS, COLORADO – Seorang lelaki menembak mati tujuh orang dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah majlis hari lahir di Colorado, lewat malam semalam, lapor akhbar Daily Star semalam.

Jabatan Polis Colorado Springs berkata, lelaki tersebut kemudiannya bertindak menembak dirinya sendiri serta tidak mencederakan beberapa orang kanak-kanak yang turut berada dalam majlis itu.

Sebaik menerima laporan pada pukul 12.18 tengah malam semalam (waktu tempatan), anggota polis bergegas ke lokasi kejadian yang terletak di sebuah kawasan perumahan mudah alih, Canterbury Mobile Home Park.

Sebaik tiba, enam mangsa didapati mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal ketika tiba di hospital akibat mengalami kecederaan parah.

“Lelaki itu dilaporkan tiba di kawasan perumahan tersebut, berjalan masuk ke dalam salah sebuah rumah mudah alih itu dan mula melepaskan tembakan sebelum bertindak menembak dirinya sendiri.

“Beberapa kanak-kanak yang turut berada di majlis hari lahir itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini berada dengan ahli keluarga masing-masing.

“Polis percaya suspek merupakan teman lelaki kepada salah seorang mangsa,” ujar polis.

Motif kejadian masih belum dikenalpasti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI