fbpx

Trafik sesak, suami isteri jalan kaki ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan sepasang suami isteri yang nekad berjalan kaki dipercayai mahu segera ke temujanji di hospital berdekatan, di Kota Bharu mendapat perhatian pengguna laman Twitter.

PETALING JAYA – Tindakan sepasang suami isteri berjalan kaki ketika berlaku kesesakan teruk di sekatan jalan raya (SJR) di Kota Bharu, Kelantan tular di laman Twitter, sejak semalam.

Pasangan itu bertindak sedemikian kerana dipercayai mempunyai temujanji di hospital berdekatan tetapi tersangkut dalam kesesakan jalan raya selama berjam-jam.

Akibat kejadian itu, rata-rata netizen di Twitter berasa SJR yang banyak dilaksanakan di beberapa tempat ketika ini menyukarkan pergerakan penduduk setempat.

“SJR yang berlebihan pun tidak bagus juga. Lihatlah, orang lain juga ada urusan penting. Tiada masalah untuk buat sekatan, tetapi jangan sampai susahkan orang lain,” ciap @ZakuanZaidi.

Menurut seorang pengguna laman Twitter, @amrhzq_my, berkata, sekatan itu mungkin boleh diubah dari membuka satu lorong kepada tiga lorong untuk memudahkan perjalanan.

“Mungkin mereka boleh cuba buka tiga lorong iaitu lorong kecemasan, lorong kerja atau temujanji dan lorong bagi mereka yang mempunyai urusan peribadi. Setidaknya, kesesakan lalu lintas lebih lancar,” ciapnya.

Malah, menurut @Amirrrrrt, kesesakan itu sebenarnya berpunca dari mereka yang bekerja dan bukan mereka yang balik ke kampung halaman.

“Jalan jejambat yang berhampiran ditutup. Ketika sekatan, jika mereka (polis) memeriksa kenderaan satu demi satu, memang akan sesak teruk di sini. Dari empat lorong menjadi satu lorong,” ciapnya di Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI