fbpx

TFC jinakkan Selangor FC di Petaling Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selangor FC gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri selepas tewas 1-2 kepada TFC sebentar tadi. - Foto Selangor FC

PETALING JAYA – Hasrat pasukan Selangor FC melakar kemenangan sebelum aksi Liga Super ‘berehat’ tidak kesampaian selepas tewas 1-2 kepada Terengganu FC (TFC) sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad Gergasi Merah berpeluang untuk meraih gol pada babak pertama tetapi penyerang utama, Ifedayo Olusegun gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-34 selepas ditepas penjaga gol TFC, Suhaimi Husin.

Bersambung pada babak kedua, Selangor sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti dan kali ini Olusegun bijak memanfaatkan peluang tersebut untuk memberi kelebihan buat pasukan tuan rumah.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad kendalian Nafuzi Zain itu enggan mengibarkan bendera putih terlalu awal dengan memperkemaskan jentera serangan.

Kerja keras Sang Penyu akhirnya terbalas apabila pemain gantian, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob menyamakan kedudukan pada minit ke-72.

Benteng skuad Merah Kuning sekali lagi ditewaskan selepas kapten pasukan TFC, Carli de Murga melakukan tandukan yang berjaya mengelirukan penjaga gol, Khairulazhan Khalid untuk jaringan kemenangan pada minit ke-86.

Keputusan 1-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut menyaksikan TFC kini di kedudukan kedua liga selepas mengutip 27 mata manakala Selangor kekal di tempat kelima dengan 19 mata selepas mengharungi 13 perlawanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI