fbpx

Syura bengang difitnah jual produk penyebab kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syura bengang dituduh segelintir pihak tidak bertanggungjawab berkenaan produk kesihatan yang dijualnya berisiko menyebabkan kanser.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Syura kesal apabila dituduh menjual produk kecantikan yang boleh mendatangkan kanser kepada pengguna.

Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron menerusi hantaran dalam Instagramnya berkata, tuduhan tersebut disifatkan sebagai cubaan untuk menjatuhkan perniagaan yang diusahakan selama ini.

“Hari itu kes sugar daddy Syura juga kena kecam. Ni kes fitnah produk pula. Siap direct message (DM) @lansolo_official dan bagi tahu kalau produk ini boleh jadi kanser sebab isterinya, @shielarazlan salah seorang pengguna produk kecantikan Charmant.

“Produk ini kita buat kajian dan pembangunan (R&D). Ada sijil kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan ada lab test (ujian makmal). Mana datang kanser tu,” tulisnya.

Menurut Syura yang popular menerusi lagu Nazam Berkasih itu, dia sedar dan tidak menafikan banyak produk kecantikan di negara ini yang mengandungi bahan-bahan terlarang dan merbahaya apabila dipakai pada wajah.

“Tapi kalau boleh, siasatlah dulu betul-betul, jangan main fitnah macam ni je. Sedih kadang-kadang tengok orang kita sendiri jatihkan orang kita juga,” tulisnya lagi.

Peserta Gegar Vaganza musim keempat itu juga meminta orang ramai di luar sana agar membersihkan hati masing-masing dan tidak perlu menjatuhkan perniagaan orang lain jika tidak berminat dengan produk yang dijual oleh individu tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI