fbpx

‘Syukur Raya’ buah tangan Petronas kepada penonton sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syuk-kur, seekor burung yang menceriakan suasana di dalam cerita animasi pendek ini dengan dendangan seloka olehnya.

PETALING JAYA – Petronas meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan animasi pendek bertajuk ‘Syukur Raya’.

Animasi pendek berkenaan yang menggunakan seloka sebagai cara penyampaian kepada penonton menekankan tema berkasih sayang dan kebaikan.

Petronas menerusi satu kenyataan berkata, animasi tersebut mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Poji, seorang yang sangat bekerja keras dan amat periang yang merindui kampung halamannya.

“Bagi mengubati rasa rindu terhadap ibunya di kampung, Poji mula membayangkan Mak Jah, jirannya yang berpewatakan garang sebagai ibunya. Disebabkan komitmennya terhadap kerja di bandar, Poji dan rakan serumah tidak pulang beraya sehingga Mak Jah berkongsi rendang yang dimasak kepada Poji.

“Cerita ini dinspirasikan oleh kemesraan dan keramahan rakyat Malaysia kerana nilai murni yang telah lama diterapkan pada budaya masing-masing. Dalam cerita animasi pendek ini, pihak kami mengajak seluruh masyarakat untuk bersama-sama merasai kegembiraan menyambut Aidilfitri walaupun ketika pandemik Covid-19,” kata kenyataan itu.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata, orang sekeliling juga boleh menjadi punca untuk kita bergembira pada Aidilfitri tahun ini.

“Walaupun kita menempuh pelbagai cabaran semasa, jika kita membuka hati dan minda, orang sekeliling dapat menjadi asbab untuk kita bergembira semasa Aidilfitri tahun ini. Ini juga mencerminkan semangat kekitaan dan sifat pemurah masyarakat kita,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Orang ramai boleh menonton cerita animasi pendek tersebut di YouTube rasmi Petronas dan juga laman Facebook mereka. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI