fbpx

Solat depan rumah tagih hutang 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sudah enam tahun hutang wanita ini tidak dibayar. - Tiktok/@krisnamukti84

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia memilih cara luar biasa menagih hutang daripada pihak bertanggungjawab apabila melakukan solat di depan pagar rumah individu berkenaan, lapor Suara.com, semalam.

Seorang wanita solat di hadapan orang yang berhutang dengannya. – Tiktok/@krisnamukti84

Rakaman video wanita itu sedang solat dimuat naik di laman TikTok oleh rakannya yang memberitahu sudah enam tahun pemiutang meminta wangnya dikembalikan.

“Ini sahabat saya, sudah enam tahun menuntut hutangnya dibayar tetapi tidak dilayan oleh orang yang berhutang.

“Apabila sahabat saya datang ke rumah, individu berhutang itu enggan keluar sehingga dia kehabisan cara kecuali solat di hadapan pagar rumah,” tulis si perakam video.

Menerusi paparan video, wanita itu dilihat mengenakang telekung solat serba putih dan menghamparkan sejadah di depan pagar sebelum memulakan solatnya.

Video tersebut menjadi tular apabila menerima lebih 21,000 tanda suka dan dihujani komen sokongan dari netizen.

“Kasihan, tagih wang sendiri sampai perlu solat di hadapan rumah orang berhutang. Semoga doa orang teraniaya dimakbulkan tuhan,” tulis seorang netizen.

“Rumah si orang berhutang kelihatan mewah tapi hutang enam tahun enggan dibayar,” komen seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI