fbpx

Singapura tersenarai negara penularan VOC SARS-CoV-2 dalam komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Bilangan 30 Tahun 2021 pada 7 Mei bersetuju menyenaraikan Singapura sebagai salah sebuah negara yang melaporkan penularan Variant of Concern (VOC) SARS-CoV-2 dalam komuniti.

Ia berdasarkan kepada laporan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura yang melibatkan varian Afrika Selatan B.1.351, varian United Kingdom B.1.1.7, varian Brazil B.1.1.28 (P1) termasuk Variant of Interest (VOI) dari India iaitu B.1.617.1.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sejajar dengan perkembangan ini, semua pengembara yang masuk ke Malaysia dari Singapura dan yang menggunakan kemudahan Skim Periodic Communicating Arrangement (PCA) perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

“Kuarantin tersebut dijalankan di stesen kuarantin yang telah diwartakan oleh kerajaan bermula pada 13 Mei.

“Pengembara dari Singapura juga tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pengembara dari negara-negara dengan penularan VOC SARS-CoV-2 dalam komuniti,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, Sidang Khas MKN juga bersetuju Skim Reciprocal Green Lane (RGL) Malaysia-Singapura digantung sementara waktu di peringkat Malaysia bermula pada 13 Mei.

“Pengembara dari Singapura yang ingin memasuki Malaysia bagi tujuan perniagaan perlu menggunakan saluran One Stop Centre (OSC) yang disediakan oleh pihak Lembaga Pembangunan Malaysia (MIDA),” katanya -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI