fbpx

Sengaja cari penyakit, dua individu dikompaun RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua individu dikenakan denda sebanyak RM5,000 kerana cuba merentas negeri tanpa permit rentas negeri yang sah.

PETALING JAYA – Dek kerana ingin mencuba nasib untuk merentas negeri, nasib dua individu bertukar malang apabila kedua-dua mereka dikompaun sebanyak RM5,000.

Kejadian itu yang tular di laman Facebook sejak semalam menunjukkan dua individu yang ingin merentas negeri di Sempadan Kuantan – Terengganu itu tidak berjaya apabila masing-masing tidak mempunyai permit rentas negeri yang sah untuk digunakan.

Mereka juga diarahkan untuk berpatah balik serta-merta setelah menerima kompaun tersebut.

Rata-rata pengguna laman Facebook meluahkan rasa amarah mereka kepada dua individu tersebut yang tidak mendengar arahan pihak kerajaan dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sudah dipesan berkali-kali jangan rentas negeri, degil. Orang lain boleh sahaja duduk di rumah tidak beraya bersama keluarga di kampung,” komen Ornithorhynchus Anatinus di Facebook.

Menurut seorang pengguna Facebook, Aina Farhana berkata, “Sudah banyak kali diberitahu tidak boleh rentas negeri, tetapi mahu cuba juga. Terima sahajalah dengan hati yang terbuka”.

“Sudahlah langgar undang-undang, hendak mengeluh apa lagi? Tanggung sahajalah akibatnya. Selepas ini, belajarlah jadi orang yang bertanggungjawab,” kata Eelyn Soon. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI