fbpx

Polis tingkatkan operasi pematuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lei Choo

PETALING JAYA – Polis Kuala Lumpur akan mempertingkatkan operasi pematuhan terhadap premis-premis yang tersenarai dalam Hotspots Identification For Dynamic Engagement (HIDE) di sekitar ibu negara.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo berkata, pelaksanaan operasi tersebut bertujuan untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

“Ia bukan semata-mata untuk mengenakan tindakan kompaun terhadap premis perniagaan atau individu. Polis akan memperingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kumpulan pematuhan Ops Covid-19 ini terdiri daripada unit kereta peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berperanan untuk mengingatkan masyarakat terhadap pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya memahami keterujaan masyarakat dalam melakukan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

“Kita mengharapkan masyarakat akan terus bekerjasama mematuhi segala SOP yang ditetapkan bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan mengelakkan tempat yang sesak,” jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI