fbpx

Polis terima laporan kes kehilangan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan kehilangan kereta jenis Honda Jazz yang tular di media sosial selepas dicuri seorang lelaki baru-baru ini.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kehilangan sebuah kereta jenis Honda Jazz yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, laporan polis telah dibuat pada Rabu lepas pukul 3.45 petang di Balai Polis Pandan Indah.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

“Kita juga sedang mengesan kereta Honda Jazz tersebut dengan bantuan agensi luar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya juga ingin memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kejadian.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 35 saat di media sosial berhubung kehilangan kenderaan yang disyaki dicuri oleh seorang lelaki.

Lokasi terakhir suspek dikesan menaiki kereta tersebut ialah di Plaza Tol Batu 9 Cheras pada Rabu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI